umroh.com
Sedang menyemak sesi akaun

Surah ke-94

Ash-Sharh

The Consolation

Makkiyah8 ayatTerjemahan: Basmeih

سُورَةُ الشَّرۡحِ

Terus ke bacaan

Pilih juzuk, surah dan ayat untuk membuka bahagian yang ingin dibaca.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ

1.Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ

2.Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهْرَكَ

3.Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ

4.Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا

5.Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًۭا

6.(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ

7.Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَب

8.Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Bacaan Surah Ash-Sharh, Surah ke-94

Baca Surah Ash-Sharh dengan teks Arab lengkap dan terjemahan Melayu bagi setiap ayat. Gunakan navigasi ayat untuk menyambung bacaan dengan pantas pada mudah alih atau desktop.

Sembang dengan khidmat pelanggan
Surah Ash-Sharh dan Terjemahan | Umroh.com