umroh.com
Sedang menyemak sesi akaun

Surah ke-93

Ad-Dhuhaa

The Morning Hours

Makkiyah11 ayatTerjemahan: Basmeih

سُورَةُ الضُّحَىٰ

Terus ke bacaan

Pilih juzuk, surah dan ayat untuk membuka bahagian yang ingin dibaca.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلضُّحَىٰ

1.Demi waktu dhuha,

وَٱلَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ

2.Dan malam apabila ia sunyi-sepi -

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ

3.(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

وَلَلْءَاخِرَةُ خَيْرٌۭ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ

4.Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ

5.Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.

أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًۭا فَـَٔاوَىٰ

6.Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?

وَوَجَدَكَ ضَآلًّۭا فَهَدَىٰ

7.Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?

وَوَجَدَكَ عَآئِلًۭا فَأَغْنَىٰ

8.Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

فَأَمَّا ٱلْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ

9.Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ

10.Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ

11.Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Bacaan Surah Ad-Dhuhaa, Surah ke-93

Baca Surah Ad-Dhuhaa dengan teks Arab lengkap dan terjemahan Melayu bagi setiap ayat. Gunakan navigasi ayat untuk menyambung bacaan dengan pantas pada mudah alih atau desktop.

Sembang dengan khidmat pelanggan
Surah Ad-Dhuhaa dan Terjemahan | Umroh.com