umroh.com
Sedang menyemak sesi akaun

Surah ke-102

At-Takaathur

Competition

Makkiyah8 ayatTerjemahan: Basmeih

سُورَةُ التَّكَاثُرِ

Terus ke bacaan

Pilih juzuk, surah dan ayat untuk membuka bahagian yang ingin dibaca.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

أَلْهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ

1.Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -

حَتَّىٰ زُرْتُمُ ٱلْمَقَابِرَ

2.Sehingga kamu masuk kubur.

كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ

3.Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!

ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ

4.Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!

كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ ٱلْيَقِينِ

5.Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).

لَتَرَوُنَّ ٱلْجَحِيمَ

6.(Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.

ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ ٱلْيَقِينِ

7.Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!

ثُمَّ لَتُسْـَٔلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ ٱلنَّعِيمِ

8.Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

Bacaan Surah At-Takaathur, Surah ke-102

Baca Surah At-Takaathur dengan teks Arab lengkap dan terjemahan Melayu bagi setiap ayat. Gunakan navigasi ayat untuk menyambung bacaan dengan pantas pada mudah alih atau desktop.

Sembang dengan khidmat pelanggan
Surah At-Takaathur dan Terjemahan | Umroh.com