umroh.com
Sedang menyemak sesi akaun

Surah ke-104

Al-Humaza

The Traducer

Makkiyah9 ayatTerjemahan: Basmeih

سُورَةُ الهُمَزَةِ

Terus ke bacaan

Pilih juzuk, surah dan ayat untuk membuka bahagian yang ingin dibaca.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَيْلٌۭ لِّكُلِّ هُمَزَةٍۢ لُّمَزَةٍ

1.Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

ٱلَّذِى جَمَعَ مَالًۭا وَعَدَّدَهُۥ

2.Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;

يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُۥٓ أَخْلَدَهُۥ

3.Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

كَلَّا ۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِى ٱلْحُطَمَةِ

4.Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْحُطَمَةُ

5.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?

نَارُ ٱللَّهِ ٱلْمُوقَدَةُ

6.(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -

ٱلَّتِى تَطَّلِعُ عَلَى ٱلْأَفْـِٔدَةِ

7.Yang naik menjulang ke hati;

إِنَّهَا عَلَيْهِم مُّؤْصَدَةٌۭ

8.Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.

فِى عَمَدٍۢ مُّمَدَّدَةٍۭ

9.(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.

Bacaan Surah Al-Humaza, Surah ke-104

Baca Surah Al-Humaza dengan teks Arab lengkap dan terjemahan Melayu bagi setiap ayat. Gunakan navigasi ayat untuk menyambung bacaan dengan pantas pada mudah alih atau desktop.

Sembang dengan khidmat pelanggan
Surah Al-Humaza dan Terjemahan | Umroh.com